Pidato Politik Khaled Meshaal di Pertemuan Internasional Gaza di Qatar

Admin     11.30  No comments

Pemimpin politik HAMAS Khaled Meshaal menyampaikan pidato pada pertemuan internasional tentang Gaza yang berlangsung di Qatar, Rabu (23/7/2014).

Berikut ringkasan isi pidato Khaled Meshaal yang berbicara tentang gencatan senjata dan masa depan Gaza yang disiarkan oleh Al-Jazeera dan diterjemahkan (dalam bahasa Malaysia) oleh Aman Palestin:
Khaled Meshaal:

Kami tidak pernah menipu, kami akan sentiasa di hadapan menunaikan janji janji kami, jangan bermain-main dengan pejuang Palestin.

Isu mensasarkan orang awam (Hamas dikecam AS dan sekutunya dituduh serangannya ditujukan ke warga sipil -ed) , mereka Israel terlebih dahulu mensasarkan orang awam bahkan tentera mereka bahkan tentera komando mereka mensasarkan orang awam, kami di hadapan mereka seperti benteng yang kuat.

Kami tak akan kalah depan mereka, kami mempertahanakn rakyat kami, syuhada kami adalah orang awam (sipil, ibu-ibu dan anak-anak) dan pembunuhnya adalah askar (tentara Israel).

Israel hanya fikir untuk menghancurkan kami. Kami tahu Israel lebih kuat dari kami kerana mereka mempunyai kelengkapan perang yang jauh ke hadapan.

Kami tidak akan meletakkan senjata, tiada sesiapa mampu melucutkan senjata kami, dengan izin Allah.

Kami beri 2 syarat untuk letakkan senjata:
1. Berhentikan penjajahan,
2. Kalian (Israel) lucutkan senjata.

Tanpa ked 2 syarat itu maka gencatan senjata adalah mustahil. Kerana apa ia mustahil?

Kami menolak syarat gencatan senjata yang melihat kami di kedudukan yang sama sedangkan kami ditindas dan mereka penindas.

Mereka perompak tanah air kami dan kami adalah pemilik sebenar tanah air ini.

Mata dan badan kami tak pernah lena dari menjaga bangsa yang hebat ini.

Sesiapa yang mahu menghentikan senjata rakyat Palestin, hendaklah dia terlebih dahulu menghentikan penjajahan dan pendudukan haram Yahudi Zionis di Palestin dan menghentikan senjata-senjata mereka.

Sampai saat ini jumlah syuhada Palestin (akibat agresi Israel yg sudah memasuki hari ke-17) seramai kira-kira 700 orang yang kebanyakan mereka adalah kanak-kanak, orang tua, dan wanita.

Netanyahu yang gagal dan kalah cuba untuk membalas dendam ke atas orang awam. Mereka memasuki Gaza dengan mata yang buta melepaskan peluru buta.

Telah berlalu 3 buah peperangan di samping penjajahan yang tak pernah berhenti.

Kami melakarkan hidup kami dari tempat kematian, kami tidak akan keluar dari tanah ini tetapi akan memanggil para pelarian kami (imigran Palestin yg tersebar di berbagai negara, terbanyak di Yordania -ed) supaya kembali ke tanah ini dan jarak masa itu semakin dekat dengan izin Allah.

Berapa banyak hospital telah mereka musnahkan, berapa banyak masjid yang telah mereka nodai, dan lebih 1.000 rumah dihancurkan secara total dan 1.500 rosak teruk.

Kami adalah korban keganasan, bukan Israel yang terkorban.

Wahai Ban Ki Moon dan John Kerry, kalian lebih cenderung memilih dan berpihak kepada aduan Israel!

Seperti mana kita bersedih akan kapal terbang Malaysia yang ditembak jatuh oleh pemberontak, begitu jugalah kami.

Dan aku secara peribadi sangat bersedih di atas apa yang menimpa Malaysia kerana mereka adalah saudara kami dengan rakyatnya yang mulia dan kerajaannya yang terhormat.

Kami menyeru semua negara dan para pemimpin dunia agar menghentikan perang ke atas Gaza.

Kami menyeru untuk membuka pintu sempadan yang patut dimiliki oleh orang Arab. Ia digunakan untuk menghantar ubat-ubatan dan bekalan bahan-bahan mentah dari negara-negara Arab.

Wahai Ban Ki-moon, Israel adalah PENJAJAH dan bukannya rakyat kami di GAZA!

Kami adalah orang yang paling berpegang dengan janji dan gencatan senjata. Namun kami tidak akan membelakangkan tuntutan perjuangan Palestin. Kami tak akan pernah memungkirinya.

Tetapi kami tak akan tertipu dengan permainan mereka. Israel telah gagal dan cuba untuk menutup kegagalan mereka, kemudian meminta diberhentikan peperangan.

Kami bersedia untuk gencatan senjata tetapi kami hanya akan menerima sekiranya kepungan (blokade) terhadap Gaza dihentikan sepenuhnya dengan JAMINAN dan bukannya cakap-cakap kosong!

Kami meminta untuk dihentikan kepungan terhadap Gaza sebelum berbicara Perjanjian Gencatan Senjata!

Kedahsyatan perang tidak akan pernah memberhentikan kami untuk menuntut hak kami sebagai rakyat Palestin. Dunia akan menekan kamu.

Mereka mengajak kami untuk memberhentikan serangan kami. Kemudian kami mempersoalkan, terus apa selanjutnya sesudah itu? Dan mereka jawab, selepas itu kita akan berunding.

Kami menolak tawaran sebegini sejak dari hari pertama perang lagi. Apakah permintaan kami? Kami telah menggariskan semua permintaan dan telah serahkan semua tuntutan kami kepada semua pihak yang terlibat.

Tuntutan agar kepungan ini perlu berhenti dan perlu diberhentikan.

Kami, para pemimpin Hamas telah menghadapi rintangan ini dengan penuh amanah. Kami tak akan mengkhianati amanah bangsa ini semasa Ramadhan ataupun selepas Ramadhan.

Kepungan (blokade) sudah berlaku sejak 2006, kerana Hamas berjaya memenangi pilihanraya (pemilu) di Gaza.

Kami ingin sampaikan kepada mereka bahawa tindakan mengepung sebuah bangsa yang merdeka akan membawa kepada sebuah kekuatan letupan yang dahsyat.

Kekuatan letupan itu akan terjadi di hadapan muka-muka penjajah dan muka-muka pelampau.

Membunuh dengan cara lambat (kepungan) adalah sama dengan membunuh dengan cara cepat. Kedua-duanya adalah pembunuhan.

Membunuh dengan cara melaparkan dan mengepung (blokade) adalah sama dengan membunuh dengan cara menembak di sisi undang-undang antarabangsa.

Bangsa kami akan meletupkan kekuatannya di hadapan muka-muka penjajah dan sesiapa pun yang menzalimi kami.

Adapun yang menolong dan menyokong kami, kami akan kembali menyokong dan membantu mereka.

Kalian akan berjumpa dengan rakyat Palestin di tanah yang merdeka selepas ini.

Tentera Israel yang ditawan sebelum ini ingin kembali kepada keluarga dan ibu mereka. Begitu jugalah kami ingin melihat anak-anak dan saudara-mara kami.

Tuntutan kami semua adalah sama.

Kami sebagai sebuah bangsa yang merdeka, menuntut untuk mereka mengangkat segala sekatan dan kepungan atau kami akan terus berjuang.

Kami boleh meletakkan senjata jika tuntutan kami didengari dan ditunaikan. Tiada kata lain selain tuntutan-tuntutan tersebut.

Kami memang akan memberhentikan serangan dengan syarat kalian memenuhi tuntutan-tuntutan kami iaitu menghentikan sekatan dan kepungan ini. Kemudian barulah kami akan berunding.

Kenapa mereka tak setuju?

Kerana terdapat tekanan dari Israel yang tidak mahu tuntutan kami ditunaikan.

Jika kalian kepung tempat kami, kami akan kepung kalian. Dan jika kalian mengepung udara kami kami akan mengepung udara kalian. Umpama seekor nyamuk yang tahu bagaimana menyerang seekor singa, walaupun engkau bukanlah singa, tidak layak dipanggil singa wahai Netanyahu!

Wahai rakyat Gaza sesungguhnya kalian telah memberikan banyak pengorbanan dan sesungguhnya aku sangat berbangga di sisi kalian bahkan selain ku masih ramai yang ingin bersama kalian.

Saya ingin bertanya, berapa ramai lagi tentera yang Israel mahukan mereka terbunuh dan tercatat di atas bil sehingga mereka akan menghentikan kepungan ini?

Dr Khalil Al-Hayyah telah kehilangan sebahagian keluarganya, dan kami dengan segala jiwa-jiwa yang sedia berkorban kami akan berdiri di sisi kalian.

Wahai bangsaku di Tepi Barat, kalian telah memberikan banyak kesabaran namun kami meminta sedikit kesabaran lagi.

Jangan dirisau, umat akan bersama mu, kalian kan melihat semua bangsa arab dan kaum muslimin seluruh dunia akan bersamamu.

Harapan bahawa perang Gaza ini akan menyaukan kami, cumanya kesatuan ini perlu berpegang atas asas yang kuat.

Kami akan bersatu seperti mana kami pernah bersatu ketika Intifadhah kedua dahulu.

Ucapan terima kasih buat seluruh yang terlibat dan seluruh bangsa dunia yang cintakan kebebasan.

Adapun negara dunia khususnya Amerika mereka perlu menukar pendirian politik mereka, walaupun kami tidaklah berharap sangat (kerana sudah tahu watak Amerika). Dunia akan menekan mereka satu hari nanti.

Kita akan berjumpa lagi dengan izin Allah di sebuah negara Palestina yang bebas dan merdeka dan berdaulat.

Kami akan berdepan dengan Israel dengan berperang dan dengan menggunakan undang-undang ke atas mereka.

Para pejuang kami dengan segala kemampuan dan semua fraksi mampu bersabar dan bertahan di atas penjajahan, sabar kami itu sangat panjang.. maka begitu jugalah kami akan bersabar dan bertahan dalam peperangan ini..!!

*Sumber: (Al-Jazeera/Aman Palestin)

, ,

0 komentar :

Recent Post

Proudly Powered by Blogger.